Assalamualaikum
Terlebih dahulu kami mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya, maka ruangan ini dapat kami bangunkan. Kami memilih skop peribahasa sebagai pengisian di ruangan kami ini kerana kami mendapati bahawa peribahasa bukan setakat penyusunan perkataan yang rapi atau kelompok perkataan yang teratur sahaja malah peribahasa ini mempunyai pengertian yang tersendiri.
Pada umumnya peribahasa digunapakai dalam kalangan masyarakat Melayu adalah untuk memberi pengajaran atau teguran dengan cara yang halus agar teguran tersebut tidak menyinggung hati mana-mana pihak. Justeru peribahasa itu berkaitrapat dengan sikap dan perlakuan manusia yang digambarkan dalam pelbagai yang bersangkutan dengan alam sekeliling meliputi benda,haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Penggunaan peribahasa dalam masyarakat Melayu pada zaman dahulu kala khasnya dan pada masa kini amnya menunjukkan bahawa budaya dan adat resam bangsa Melayu amat unik dan indah , maka amat wajar penggunaannya dipertahankan supaya kekal menjadi warisan bangsa serta tidak pupus ditelan zaman.
Sekian, terima kasih.